SEMESTER 1-2007
GERKO KEBUDAYAAN 2007
Mengimbas semula kenangan kita masa 'foundation sem' dulu. Pendaftaran kami PPISM PRASEKOLAH,PPISMP PENGAJIAN SOSIAL dan PPISMP BAHASA CINA adalah pada 16 Julai 2007. Masa tu semua belum kenal lagi. Tapi, maaf ya...gambar pendaftaran tidak terdapat di sini kerana tidak terdapat dalam mana-mana simpanan gambar kami.
Disebabkan tarikh mendaftar kami pada 16 Julai 2007 yang semakin hampir menjengah bulan Ogos maka pihak institut waktu itu juga tengah sibuk membuat persediaan untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan. Jadi, kami yang baru masuk pada waktu itu pun, walaupun belum mesra dengan persekitaran dan warga IP, kami masih tetap berusaha untuk melibatkan diri.
Masa Hari Kemerdekaan (31 Ogos 2007) kumpulan kami PPISMP PRASEKOLAH sepakat hendak membuat persembahan berdasarkan iklan yang pernah ditayangkan di televisyen pada masa tu. Idea ini datang sebenarnya dari En Manaf selaku tutor kumpulan kami pada masa tersebut. Beliau merupakan Tok Guru Prasekolah. kami semua bekerjasama untuk menghasilkan persembahan yang terbaik. Walaubagaimanapun...gambar persembahan itu juga malangnya tiada dalam simpanan kami.
Aktiviti yang seterusnya yang kami (ketiga2 kelas) jalankan ialah Gerko Kebudayaan. Kami semua dikehendaki untuk membuat satu persembahan yang akan dinilai oleh 3 orang pensyarah untuk dimasukkan ke dalam 'result' sem terakhir 'foundation'. Pensyarah yang terlibat ialah Mr Francis, Miss Ong dan Puan Rabayah. Kami semua dah sepakat membuat persembahan Puteri Santubong Puteri Sejinjang. Pemegang watak utama dari kelas kami iaitu Katty Lois (Puteri Sejinjang) dan Merina Akim (Puteri Santubong). Manakala watak putera pula dipegang oleh Zachary Enjat Daniel dari kelas PPISM Pengajian Sosial.
kenangan semester 1 ~ 2007
rakan-rakan pelatih yang terlibat

No comments:
Post a Comment